Khamis, 3 Oktober 2013

Tragedi ribut dibazar ramadhan

Tarikh keramat 14Ogos 2010 bersamaan 3Ramadhan 1431, kira-kira jam 6.20petang ,tika itu hujan lebat sudah reda.Saya masih menanti kepulangan suami tersayang dari tempat kerja.Kebiasaan jam 5petang,suami sudah sampai ke rumah,memandangkan bulan puasa,majikan memberi pelepasan pulang lebih awal.Hati tertanya-tanya,apa yang berlaku.Sudah banyak kali saya membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas kepada suami,namun tiada jawapan.Hati semakin berdebar-debar.
Tepat jam 6.30petang,saya menerima satu panggilan dari rakan sepejabat suami.Rakan suami saya meminta saya bersabar dan beristigfar sebelum beliau menjelaskan perkara sebenar.Bagai batu besar jatuh ke atas kepala saya,suami saya terlibat dengan kejadian ribut puting beliung semasa membeli juadah untuk berbuka puasa.
Dengan kekuatan dan ketabahan,saya menerima berita itu dengan redha.Semasa kejadian ,saya mengandung   anak yang pertama dan usia kandungan 6bulan.Tika itu,saya tidak tahu situasi sebenar suami saya.Dalam perjalanan ke hospital,saya melalui tempat kejadian berlakunya ribut.Ya Allah,keadaan tidak keruan,payung2 yang digunakan untuk berniaga terdapat di sana-sini.Makanan dan minuman bertaburan di atas jalan.Saat-saat yang sangat menyedihkan.
Kedapatan orang ramai yang meratapi,menangisi,trauma dengan kejadian tanpa di sangka-sangka.
Tiba di hospital,keadaan sesak dengan kenderaan ambulans keluar masuk membawa mereka yang terlibat dengan bencana tersebut.Ramai ahli keluarga menunggu dan mencari ahli keluarga yang terlibat.
Saya mencari-cari dimana suami,di satu sudut saya ternampak susuk tubuh seolah suami saya terbaring di atas katil.Ya Allah,selamatkan suami ku,lindungilah suamiku dari sebarang bencana.
Dari maklumat yang diterima,terdapat pendarahan di kepala dan kerosakan tisu pada bahagian pinggang akibat hentakan yang kuat dari payung besi yang di gunakan oleh peniaga bazar.Keadan suami tika itu separuh sedar dan kurang daya ingatan.
Selama 6bulan saya berulang alik membawa suami ke hospital untuk memeriksa tahap kesihatan beliau.Selain dari itu bermacam-macam ubat-ubatan dan makanan tambahan yang saya dapatkan untuk memulihkan ingatan suami seperti biasa.Dari harga yang mahal hinggalah yang murah.Hanya untuk mendapatkan kembali ingatan suami seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan