Rabu, 30 Oktober 2013

MAHU JADI APA YE ???!!!!!....

Salam Ukhwah buat semua,
Sahabat sekelian pernah dengar perbualan di atas ?
Tentu sekali pernahkan...tapi pernah kah tiap kali persoalan itu singgah dibenak fikiran kita,dan kita terpanggil untuk menyelesaikan atau meleraikan hanya untuk diri kita?
APA YANG AWAK MAHUKAN?!!...
soalan itu nampak ringkas,bukan? namun berapa ramai dikalangan kita sering mengelak dari menjawab soalan ini secara tepat,malah ada yang terpinga-pinga dan terkebil-kebil.Soalan yang ringkas dan mengundang seribu tanda tanya pada diri.; Apakah yang kita mahukan dalam kehidupan?
ada yang kata : SAYA TAK NAK MISKIN,TAK MAHU GAGAL DALAM PERIKSA DAN DALAM JURUSAN YANG DI AMBIL......
itukah mereka yang sebenarnya yang mereka mahukan?mengapa saya berkata begitu ye....kerana tiap patah perkataan yang keluar dari bibir mereka di rakam oleh sistem saraf otak dan sekaligus menjadi sebuah doa.
SEBUAH DOA??
Sebut = Doa........
YA...melalui kajian ilmu Neuro Linguistic Psychology(NLP) segala yang kita sebut dirakam oleh keseluruhan sistem saraf badan dan bertindak sebagai satu tingkah diri.Jika kerapkali kita mengatakan nya maka itulah kerja hakiki minda kita...
Sebab itu kita perlu mengungkapkan secara positif , bukan negatif.....
Ayuh!..mulakan hari ini juga ...ungkapkan kata-kata positif atau bersama saya dalam mengikuti Francais Modal Insan yang banyak membantu dalam meneruskan kehidupan yang lebih harmoni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan